Cuba anda susun 10 orang yang berlainan ibu bapa dalam satu line, tak kita la secara ascending atau decending, janji susun. Anda akan perasan yang setiap seorang daripada mereka mempunyai ciri2 yang tersendiri, ciri2 yang membuatkan orang berkata;
"oh..dia tu, yang mata senget sebelah, telinga tak center tu eh.."
Kecacatan merupakan sesuatu yang membezakan kita semua. Tak semua orang perfect. Kita semua cacat. Dan kecacatan inilah yang membuatkan orang mudah ingat/cam kita. Err, apsal rasa macam ayat berulang je ni..
Cuba bayangkan;
"Eh, ko knal tak enot?"
"Yang mana aa?"
"Ala yang rambut pendek tu.."
"Mane aa? ramai kot rambut pendek member2 kita.."
"Ala, yang sebaya kita tu.."
"Mane aaa?"
"ala yang bla3 bla3 bla3"
"Mane bla3 bla3 bla3 bla3?"
Peningkan?
Sekarang cuba bayangkan yang ni plak.
"Eh, ko knal tak enot?"
"Yang mana aa?"
"Yang rambut pendek tu.."
"Mane aa? ramai kot rambut pendek member2 kita.."
"Ala yang mata sepet belah kiri tu, bulu kening bercantum, lubang idung besar, hidung senget, .."
"Ohhhh...enot tu..yang rambut botak belakang kan? Yang badan berpanau kan? Yang selalu jalan macam orang isap ganja kan? yang bla3.."
Senangkan?
Kecacatan merupakan sesuatu yang orang akan mudah ingat. Tak percaya? Cuba anda ingat balik rupa kawan2 anda, mesti dalam banyak2 anda ingat tu, mesti yang paling anda ingat adalah yang muka tak perfect, macam gigi berterabur, jerawat bersepah macam aram, mata sepet, muka macam nak kena tumbuk dan bla3.
Jadi bersyukur bila lubang hidung anda sebelah kanan kecik sikit berbanding belah kiri. Benda ni la yang boleh dijadikan aset untuk orang mudah cam anda. Dan mungkin, benda ni la yang akan meningkatkan probability company call anda untuk second interview.
Harap2 la...